Profil
Nama : Benjamin bin Zulkafli
Umur : 32 Tahun
Bentuk Kejayaan
Beliau meneruskan perniagaan bersama keluarga yang mana sebuah chalet penginapan di lereng bukit yang diasaskan oleh arwah ayah beliau. Bagi mengusahakan perniagaan pelancongan sangat sukar di kala pandemik yang sedang melanda Negara. Namun beliau berusaha untuk mendepani situasi tersebut dengan membuat pelbagai jenis promosi agar dapat mengekalkan kelangsungan perniagaan tersebut.
Latar belakang
Chalet Bamboo Hill diasaskan sekitar tahun 1991 oleh arwah bapa beliau. Perniagaan tersebut diteruskan oleh ibu dan jugak adik perempuan beliau. Perniagaan keluarga ini terus membina nama dalam industri pelancongan dari dalam dan luar Negara. Benjamin mengambil tempat dalam menguruskan perusahaan yang telah dibina hampir 30 tahun itu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Belum mempunyai laman sesawang untuk mempromosikan pakej yang ditawarkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah ada nya kemudahan internet dan kemudahan lain, beliau menggunakan kemudahan di pusat internet seperti menghadiri kelas membuat laman sesawang rasmi untuk chalet mereka yang dianjurkan oleh pihak PIK Kg. Tekek. Oleh itu, beliau mengembangkan market dan target jualan secara atas talian.
Apa yang dipelajari melalui PIK
- Hadir ke PIK untuk menggunakan kemudahan computer dan internet yang ada.
- Mempelajari Web building untuk menghasilkan laman sesawang yang menarik.
Bagaimana PIKmembantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PIK membantu dari segi pembelajaran dalam bentuk ICT
- Petugas mengambil inisiatif mengajar beliau secara personal
- Membenarkan beliau menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara mudah.
Latar Belakang
Nur Alyana Maisara merupakan pelajar Tingkat 1 di Sekolah Kebangsaan Tekek Pulau Tioman. Alya sangat gemar ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer. Selain itu, beliau juga sering menggunakan komputer untuk mencari bahan dan rujukan untuk menyiapkan kerja rumah. kebanyakan masa senggang akan dihabiskan di Pusat Internet. Beliau juga sangat aktif menjadi volunteer untuk program-program yang diadakan di Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kurang kemahiran dalam menggunakan computer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Setelah mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan, beliau lebih mahir untuk menggunakan Microsoft office tanpa bantuan petugas dan sekarang beliau juga memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang datang untuk menggunakan computer.
LATAR BELAKANG
Nurul Ezatul Wahidah mempunyai perniagaan iaitu Impian Mini Market yang hanya bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan, setelah mendapat kepercayaan dari pelanggan dengan kualiti barangan jualan mereka yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan, kini perniagaannya menjadi lebih maju.
SEBELUM PENGLIBATAN DI PIM
Perniagaannya tidak menyediakan perkhidmatan atas talian dan cash on delivery (c.o.d )
SELEPAS PENGLIBATAN DI PIM
Perniagaan mereka menyediakan perkhidmatan di atas talian dan perkhidmatan C.O.D terus hantar ke rumah pelanggan yang hanya memesan barangan di atas talian.
Latar belakang
Adam merupakan pelajar sekolah rendah yang banyak menghabiskan masa di Pusat Internet dengan melakukan aktiviti belajar secara efektif. Beliau menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet Kg Tekek semaksima mungkin untuk diterapkan dalam pembelajaran beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Tiada kemudahan seperti internet dan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Setelah ada nya kemudahan internet dan kemudahan lain, beliau menggunakan kemudahan yang ada dengan baik dan dapat mempelajari asas komputer yang lain dengan megikuti program kelas yang disediakan oleh pihak Pim Kg. Tekek.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
- Kerap hadir ke PIM untuk menggunakan kemudahan yang ada.
- Mempelajari cara mmelayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran.
- Bersungguh-sungguh dalam mempelajari perkara- perkara yang baru tentang penggunaan komputer
Bagaimana PIM membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PIM membantu dari segi pembelajaran dalam bentuk ICT
- Petugas mengambil inisiatif mengajar beliau secara personal
- Memberi galakan dan sokongan kepada beliau
- Membenarkan beliau menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara mudah.
Latar belakang
Mohd Farid telah menjalankan perkhidmatan pengangkutannya sejak sekitar 7 tahun yang lalu. Perkhidmatan ini disediakan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Tioman, khususnya yang ingin ke Kampung. Oleh kerana secara geografinya jalan yang berbukit memerlukan pelancong menaiki kenderaan 4 kali 4 untuk ke kampung tersebut. Disini merupakan peluang perniagaan bagi Mohd Farid membekalkan perkhidmatan tersebut. Adanya kemudahan di pusat internet dengan jalur lebar yang berkelajuan tinggi, Mohd Farid dapat mempelajari ilmu mempromosikan perkhidmatan secara atas talian dengan bantuan petugas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kurang berpengalaman dari segi penggunaan komputer dan asas pernigaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah ada nya kemudahan internet dan kemudahan lain, beliau meggunakan kemudahan yang ada dengan baik dan dapat mempelajari asas komputer yang lain dengan megikuti program kelas yang disediakan oleh pihak PI1m Kg. Tekek. Beliau juga dapat menghasilkan pamphlet promosi perkhidmatannya menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
- Hadir ke PI1M untuk menggunakan kemudahan yang ada.
- Mempelajari Ms. Excel bagi membuat kira-kira modal dan untung perniagaan.
- Mengikuti bengkel keusawahanan yang selalu di jalankan.
- Menyertai pertandingan membuat poster di PIM.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI1M membantu dari segi pembelajaran dalam bentuk ICT
- Petugas mengambil inisiatif mengajar beliau secara personal
- Membenarkan beliau menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara mudah.
Sub-kategori
Halaman 1 dari 2