Latar belakang

Mohd Izham Zarif Bin Mohd Shaida merupakan pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek. Beliau sering mengikuti kelas dan latihan yang diadakan di Pusat Internet Kampung Tekek, beliau berminat untuk mempelajari cara penggunaan komputer dengan betul.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Kurang kemahiran dalam menggunakan computer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan, beliau lebih mahir untuk menggunakan Microsoft office tanpa bantuan petugas dan sekarang beliau juga memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang datang untuk menggunakan computer.

Latar belakang

Nur Ellyssa Awatif binti Mohd Fairus merupakan salah seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek. Beliau merupakan pelajar yang rajin datang ke PIM Kg.Tekek untuk mengikuti kelas yang dijalankan oleh Pi1m. Selain itu beliau kerap ke Pusat Internet Malaysia Kg. Tekek untuk menggunakan internet dan kemudahan yang disediakan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Tiada kemudahan seperti internet dan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah ada nya kemudahan internet dan kemudahan lain, beliau meggunakan kemudahan yang ada dengan baik dan dapat mempelajari asas komputer yang lain dengan megikuti program kelas yang disediakan oleh pihak PIm Kg. Tekek.

  Muhammad Faizal merupakan salah seorang pelajar tingkatan 3 sekolah menengah kebangsaan tekek. Beliau mempunyai kelemahan dalam pelajaran. Beliau agar sukar mengeja dan membaca. Walaubagaimanapun beliau rajin ke Pusat Internet  Kg. Tekek untuk menggunakan internet dan kemudahan yang disediakan. Walaupun beliau gagal membaca dengan baik, namun daya ingat beliau agak baik dengan bantuan gambar dan animasi. Faizal kreatif menghasilkan lukisan menggunakan komputer dan cepat menghafal animasi yang dipaparkan.

  Jika ada masa yang terluang, Faizal akan datang ke PI untuk menggunakn kemudahan yang ada. beliau bersungguh sungguh untuk belajar walaupun agar sukar diingati. Dengan menggunakan komputer sebagai medium menulis, beliau memahirkan diri untuk menaip dan secara tidak langsung menghafal huruf. sungguhpun demikian, beliau tidak segan bertanya dan memohon bantuan dengan petugas. Petugas mengambil inisiatif mengajar beliau secara personal.

  Melihat kesungguhan beliau, galakan dan dorongan yang padu perlu diberikan kepada beliau untuk lebih berjaya. Di PI, beliau dibenarkan menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara mudah.Daya kemahiran beliau meningkat dengan sangat bagus. Kini beliau semakin kerap datang ke PI untuk terus belajar. Walaupun proses memakan masa yang panjang, peserta ini tetap berazam untuk menjadi doktor pada suatu hari nanti.

Sub-kategori