Muhammad Faizal merupakan salah seorang pelajar tingkatan 3 sekolah menengah kebangsaan tekek. Beliau mempunyai kelemahan dalam pelajaran. Beliau agar sukar mengeja dan membaca. Walaubagaimanapun beliau rajin ke Pusat Internet Kg. Tekek untuk menggunakan internet dan kemudahan yang disediakan. Walaupun beliau gagal membaca dengan baik, namun daya ingat beliau agak baik dengan bantuan gambar dan animasi. Faizal kreatif menghasilkan lukisan menggunakan komputer dan cepat menghafal animasi yang dipaparkan.
Jika ada masa yang terluang, Faizal akan datang ke PI untuk menggunakn kemudahan yang ada. beliau bersungguh sungguh untuk belajar walaupun agar sukar diingati. Dengan menggunakan komputer sebagai medium menulis, beliau memahirkan diri untuk menaip dan secara tidak langsung menghafal huruf. sungguhpun demikian, beliau tidak segan bertanya dan memohon bantuan dengan petugas. Petugas mengambil inisiatif mengajar beliau secara personal.
Melihat kesungguhan beliau, galakan dan dorongan yang padu perlu diberikan kepada beliau untuk lebih berjaya. Di PI, beliau dibenarkan menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara mudah.Daya kemahiran beliau meningkat dengan sangat bagus. Kini beliau semakin kerap datang ke PI untuk terus belajar. Walaupun proses memakan masa yang panjang, peserta ini tetap berazam untuk menjadi doktor pada suatu hari nanti.