Latar belakang

Mohd Farid telah menjalankan perkhidmatan pengangkutannya sejak sekitar 7 tahun yang lalu. Perkhidmatan ini disediakan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Tioman, khususnya yang ingin ke Kampung. Oleh kerana secara geografinya jalan yang berbukit memerlukan pelancong menaiki kenderaan 4 kali 4 untuk ke kampung tersebut. Disini merupakan peluang perniagaan bagi Mohd Farid membekalkan perkhidmatan tersebut. Adanya kemudahan di pusat internet dengan jalur lebar yang berkelajuan tinggi, Mohd Farid dapat mempelajari ilmu mempromosikan perkhidmatan secara atas talian dengan bantuan petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kurang berpengalaman dari segi penggunaan komputer dan asas pernigaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah ada nya kemudahan internet dan kemudahan lain, beliau meggunakan kemudahan yang ada dengan baik dan dapat mempelajari asas komputer yang lain dengan megikuti program kelas yang disediakan oleh pihak PI1m Kg. Tekek. Beliau juga dapat menghasilkan pamphlet promosi perkhidmatannya menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M

 

-       Hadir ke PI1M untuk menggunakan kemudahan yang ada.

-       Mempelajari Ms. Excel bagi membuat kira-kira modal dan untung perniagaan.

-       Mengikuti bengkel keusawahanan yang selalu di jalankan.

-       Menyertai pertandingan membuat poster di PIM.

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

-       PI1M membantu dari segi pembelajaran dalam bentuk ICT

-       Petugas mengambil inisiatif mengajar beliau secara personal

-       Membenarkan beliau menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara mudah.