Latar Belakang

Nur Alyana Maisara merupakan pelajar Tingkat 1 di Sekolah Kebangsaan Tekek Pulau Tioman. Alya sangat gemar ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer. Selain itu, beliau juga sering menggunakan komputer untuk mencari bahan dan rujukan untuk menyiapkan kerja rumah. kebanyakan masa senggang akan dihabiskan di Pusat Internet. Beliau juga sangat aktif menjadi volunteer untuk program-program yang diadakan di Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Kurang kemahiran dalam menggunakan computer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan, beliau lebih mahir untuk menggunakan Microsoft office tanpa bantuan petugas dan sekarang beliau juga memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang datang untuk menggunakan computer.