Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia diadakan pada 10 September pada setiap tahun.

Tema kebangsaan pada tahun ini adalah 'Ubah Tanggapan, Bina Harapan' yang memfokuskan untuk mengubah pandangan atau persepsi masyarakat terhadap tingkah laku bunuh diri, mengurangkan stigma, dan lebih berempati kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan tingkah laku bunuh diri.

Bunuh diri boleh dicegah.

Marilah bersama-sama, kita hidupkan harapan sebagai tanda sokongan kepada mereka yang sedang berjuang melalui dugaan hidup bermula daripada keluarga dan kenalan terdekat.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Terdapat sebuah Klinik kesihatan yang dibina di Kg. Tekek bagi memberikan kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk Pulau Tioman. Klinik ini juga adalah klinik yang terbesar di Pulau Tioman. Terdapat juga klinik desa yang ditempatkan di kg. Genting dan Mukut bagi kemudahan penduduk kampung tersebut.

HFMD


Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD
dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan
untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan
di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau
enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1- Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
2- Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
3- Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh /              merawat lepuh.
4- Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan              campuran kloroks.
5- Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
6- Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.