Pelbagai perniagaan terdapat di kampung ini. Kebanyakan mereka menjalankan perniagaan berasaskan pelancongan seperti chalet, hotel, resort, aktiviti menyelam, snorkeling dan aktiviti hutan. Disebabkan faktor Pulau Tioman yang kaya dengan ekosistem yang semulajadi, aktiviti ini berkembang dengan pesat dan maju. Hal ini dapat dilihat dengan kemasukan pelancong yang datang ke kampung ini meningkat saban tahun.

Walaubagaimanapun, terdapat juga penduduk yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta dalam jabatan kerajaan yang ditubuhkan di sini.