Pada 21 May 2016, Pulau Tioman dimeriahkan dengan suatu karnival tahunan yang amat meriah iaitu Sultan Ahmad Shah International Eco-Challange. Acara ini merupakan acara tahunan yang dijayakan di Pulau Tioman. Untuk edisi kali ini, perlumbaan larian merentas flora dan fauna lebih mencabar. acara ini dibahagikan kepada 3 katogeri iaitu antarabangsa, tempatan, dan vateren.

Bagi katogeri antarabangsa dan tempatan, jarak larian adalah sejauh 30km manakala bagi katogeri veteren, jarak larian adalah sejauh 22km. acara larian kali ini menyaksikan pelari dari serata dunia untuk merebut hadiah dan gelaran jaguh eco challange. Selama perlumbaan dijalankan, pelbagai aktiviti sampingan turuk dilakukan seperti sukan rakyat dan persembahan.

Terdapat beberapa sukan rakyat diadakan seperti liga sepak takraw, pertandingan menganyam ketupat, mengupas kelapa terpantas, sukan kanak-kanak, pertandingan memasak, pertandingan gubahan, dan lain-lain. dalam masa yang sama juga, pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut terlibat dalam menyediakan pameran. antara pamaran yang diadakan adalah darisyarikat Indah Water, taklimat kesihatan, booth-booth jualan,pameran berkuda, dan pelbagai pameran lagi.

Pada malam penutup acara, persembahan kebudayaan telah dipersembahkan oleh bahagian penerangan Negeri Pahang. Jamuan makan malam turut dihidangkan kepada penduduk Pulau Tioman dan semua peserta yang terlibat. Penyampaian hadiah kepada pemenang dan majlis peransmian penutupan telah disempurnakan oleh YM Tengku Intan, anakanda Sultan Ahmad Shah. Pada kejohanan kali ini melihat peserta dari Maldives mengungguli perlumbaan.

 

pada 19 dan 20 januari 2016, Pusat Internet 1 malaysia dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia, Reef Check Malaysia, Green Fin dan kelab Cintai Tioman telah menganjurkan kursus pengendalian pemandu pelancong siri-1 bertempat di PI1M kg Tekek.

seramai 20 orang peserta terdiri daripada penduduk pulau tioman mengikuti kursus dua hari ini. kursus ini dianjurkan untuk mendidik dan memberi  kesedaran kepada penduduk kampung terutamanya pengendali pelancong dengan etika dan pemakaian peraturan berkenaan pelancong. dalam kurus ini, aspek keselamatan, tingkah laku, emosi, tanggungjawab dan etika sebagai pemandu pelancong ditekankan. setiap peserta akan dinilai oleh wakil Green Fin untuk diberi pengiktirafan pengendalinan pelancong dengan kaedah mesra alam.

setiap peserta diberi penerangan dengan terperinci mengenai tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai pemandu pelancong. setiap peserta juga dilatih berucap untuk melahirkan keyakinan kepada pelancong yang menggunakan perkhidmatan meraka.

pada akhir kursus peserta akan dinilai sekali lagi dengan menilai setiap peserta melakukan penerangan kepada pelancong dalam keadaan sebenar. kesemua peserta telah lulus dan layak mendapatkan sijil pengendalian pelancong oleh Jabatan Taman Laut Malaysia dengan kerjasama Green Fin

Pada 20 dan 21 Januari, satu kursus pertolongan cemas diadakan dengan kerjasama Reef Check Malaysia dan NDL. kursus ini bertujuan untuk melatih penduduk kampung terutamanya mereka yang teribat secara langsung dalam industri pelancongan. kaedah dan teknik yang betul didedahkan kepada peserta tentang cara menyelamatkan mangsa yang kemalangan. kaedah dan SOP yang betul dapat membantu mangsa yang berada dalam kesusahan. dengan kerjasama Nationa Dive League (NDL), 10 orang peserta telah mengikuti kursus ini selama 2 hari. mereka diberi pendedahan kaedah menyelamatkan mangsa terutamanya mangsa lemas. kursus ini amat penting kerana penekanan tentang aspek keselamatan pelancong perlu diberi keutamaan. kursus ini juga bertujuan untuk memupuk penduduk kampung agar lebih memberi keutamaan dan tanggungjawab yang sebenar dalam mengendalikan pelancong.

 

lagi foto lihat disini

Sub-kategori

Pada 27 ogos 2016 yang lalu, pusat internet 1 malaysia kg Tekek, bersama team kluster Rompin telah menjayakan satu program untuk penduduk kampung tekek, dan umumnya Pulau Tioman. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Usahanita derah Rompin dan JKK kampung Tekek. program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan memperkenalkan kepada komuniti tentang pelancaran dashboard komuniti. 

Program yang bermula pada seawal jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk. pelbgai aktiviti menarik diadalan disambilng taklimat dan ceramah yang disampaikan. antara aktiviti yang dijalankan adalah pertendingan mewarna untuk pelajar pra sekolah, pertandingan ict untuk pelajar sekolah rendah, pertendingan mencipta poster untuk sekolah menengah, pertendingan memasak dan gubahan untuk kaum wanita, taklimat KDB,penerangan dashboard komuniti, aplikasi dashboard dan bermacam lagi.

program ini telah dirasmikan oleh YB ahli parlimen Rompin, dato Hasan Arifin. satu majlis BBQ turut diadakna pada malam perasmina tersebut.