Pada 20 dan 21 Januari, satu kursus pertolongan cemas diadakan dengan kerjasama Reef Check Malaysia dan NDL. kursus ini bertujuan untuk melatih penduduk kampung terutamanya mereka yang teribat secara langsung dalam industri pelancongan. kaedah dan teknik yang betul didedahkan kepada peserta tentang cara menyelamatkan mangsa yang kemalangan. kaedah dan SOP yang betul dapat membantu mangsa yang berada dalam kesusahan. dengan kerjasama Nationa Dive League (NDL), 10 orang peserta telah mengikuti kursus ini selama 2 hari. mereka diberi pendedahan kaedah menyelamatkan mangsa terutamanya mangsa lemas. kursus ini amat penting kerana penekanan tentang aspek keselamatan pelancong perlu diberi keutamaan. kursus ini juga bertujuan untuk memupuk penduduk kampung agar lebih memberi keutamaan dan tanggungjawab yang sebenar dalam mengendalikan pelancong.

 

lagi foto lihat disini