pada 19 dan 20 januari 2016, Pusat Internet 1 malaysia dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia, Reef Check Malaysia, Green Fin dan kelab Cintai Tioman telah menganjurkan kursus pengendalian pemandu pelancong siri-1 bertempat di PI1M kg Tekek.
seramai 20 orang peserta terdiri daripada penduduk pulau tioman mengikuti kursus dua hari ini. kursus ini dianjurkan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada penduduk kampung terutamanya pengendali pelancong dengan etika dan pemakaian peraturan berkenaan pelancong. dalam kurus ini, aspek keselamatan, tingkah laku, emosi, tanggungjawab dan etika sebagai pemandu pelancong ditekankan. setiap peserta akan dinilai oleh wakil Green Fin untuk diberi pengiktirafan pengendalinan pelancong dengan kaedah mesra alam.
setiap peserta diberi penerangan dengan terperinci mengenai tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai pemandu pelancong. setiap peserta juga dilatih berucap untuk melahirkan keyakinan kepada pelancong yang menggunakan perkhidmatan meraka.
pada akhir kursus peserta akan dinilai sekali lagi dengan menilai setiap peserta melakukan penerangan kepada pelancong dalam keadaan sebenar. kesemua peserta telah lulus dan layak mendapatkan sijil pengendalian pelancong oleh Jabatan Taman Laut Malaysia dengan kerjasama Green Fin