Pada 21 May 2016, Pulau Tioman dimeriahkan dengan suatu karnival tahunan yang amat meriah iaitu Sultan Ahmad Shah International Eco-Challange. Acara ini merupakan acara tahunan yang dijayakan di Pulau Tioman. Untuk edisi kali ini, perlumbaan larian merentas flora dan fauna lebih mencabar. acara ini dibahagikan kepada 3 katogeri iaitu antarabangsa, tempatan, dan vateren.

Bagi katogeri antarabangsa dan tempatan, jarak larian adalah sejauh 30km manakala bagi katogeri veteren, jarak larian adalah sejauh 22km. acara larian kali ini menyaksikan pelari dari serata dunia untuk merebut hadiah dan gelaran jaguh eco challange. Selama perlumbaan dijalankan, pelbagai aktiviti sampingan turuk dilakukan seperti sukan rakyat dan persembahan.

Terdapat beberapa sukan rakyat diadakan seperti liga sepak takraw, pertandingan menganyam ketupat, mengupas kelapa terpantas, sukan kanak-kanak, pertandingan memasak, pertandingan gubahan, dan lain-lain. dalam masa yang sama juga, pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut terlibat dalam menyediakan pameran. antara pamaran yang diadakan adalah darisyarikat Indah Water, taklimat kesihatan, booth-booth jualan,pameran berkuda, dan pelbagai pameran lagi.

Pada malam penutup acara, persembahan kebudayaan telah dipersembahkan oleh bahagian penerangan Negeri Pahang. Jamuan makan malam turut dihidangkan kepada penduduk Pulau Tioman dan semua peserta yang terlibat. Penyampaian hadiah kepada pemenang dan majlis peransmian penutupan telah disempurnakan oleh YM Tengku Intan, anakanda Sultan Ahmad Shah. Pada kejohanan kali ini melihat peserta dari Maldives mengungguli perlumbaan.